Ketuk-Ketuk Ramadan Mandapat Ranting Tertinggi Dengan kemunculan artis yang semakin popular
SEJAK beberapa tahun lalu, program Ketuk-Ketuk Ramadan antara program yang mendapat sambutan yang luar biasa di Radio Televisyen Malaysia (RTM TV1).
Kini program berkenaan kembali dengan mengetengahkan kemunculan artis yang semakin popular mulai 17 Jun, setiap hari, jam 12.30 tengah hari di TV1.
Bersama pengacara Sheila Rusly, selebriti undangan rancangan memasak No 1 Malaysia ini bakal menghidangkan menu istimewa mereka sendiri untuk dikongsi bersama penonton RTM TV1 dan istimewanya selain memasak, personaliti ini turut menjawab isu dan gosip-gosip panas berkaitan mereka dan ia menjadi platform bagi artis tersebut memperjelaskan situasi sebenar berkaitan diri mereka yang timbul di media sosial.
Ketuk-Ketuk Ramadan kali ini memilih lokasi Tesco dan mengekalkan konsep santai selain terus menyajikan resipi-resipi masakan tempatan yang mudah untuk kita pelajari, ringkas dan menyelerakan.
“RTM mengekalkan program khas sempena Ramadan tahun ini iaitu Ketuk-Ketuk Ramadan kerana rancangan ini mendapat rating tertinggi di stesen ini pada tahun lalu,” ujar Pengurus Saluran TV1, Noriah Letuar pada Sidang Media Program Khas Ramadan RTM 2015 berlangsung di Angkasapuri pada 9 Jun yang lalu.
Dalam episod pengenalannya menjelang 1 Ramadan 1436 Hijrah ini iaitu 17 Jun ini, saksikan kemunculan pelakon lelaki yang sedang meningkat naik, Syafiq Kyle menjadi selebriti undangan berkongsi resipi istimewa hasil air tangannya sendiri.
Ia diikuti dengan menampilkan pelakon #Dynas Mokhtar (18 Jun), #Fasha Sandha (19 Jun), #Dazrin Kamaruddin (20 Jun), #Abam Bocey (21 Jun), #Dayana Roza (22 Jun), #Amar Bahrin (23 Jun), #Shakilla Koriri (24 Jun), #Fattah Amin (25 Jun), #Emma Maembong (26 Jun), #Johan Ashari (27 Jun) dan #Nelydia Senrose (28 Jun) dan ramai artis popular lagi. #tarikh akan berubah mengikut RTM TV1.
0 Response to "Ketuk-Ketuk Ramadan Mandapat Ranting Tertinggi Dengan kemunculan artis yang semakin popular"
Post a Comment