"Puas Hati Awak Sekarang Viralkan Kisah Kita Bertiga???"


Berikutan satu kisah perkahwinan 6 minggu yang berakhir dengan kekecewaan dan kesedihan setelah sisuami curang menjadi viral pada hari ini, kini seorang individu kononnya pihak lelaki pula tampil menceritakan kisah disebelahnya.

Menggunakan akaun instagram (IG) @hidayatkamarr, dia tampil memulakan kisahnya dengan ayat "Kepada bekas isteri saya, (IG) @electrictomato".

Di dalam posting instagram itu, hidayatkamarr mengucapkan 'tahniah' kepada bekas isterinya itu kerana berjaya menyebarkan viral cerita di pihaknya dan menyebabkan orang ramai di media sosial memandang buruk terhadap dia dan seorang lagi perempuan yang terlibat.

Selain itu, hidayatkamarr juga turut menyatakan cerita yang diceritakan itu sangat berjaya sehingga wanita itu mendapat ugutan bunuh di sekolah.

Di ruangan komen, pengguna instagram _adiekamal_ mempersoalkan kenapa hidayatkamarr masih berkahwin dengan bekas isterinya itu, hidayatkamarr menjawab ia disebabkan oleh ahli keluarga di pihak bekas isterinya.

"Cubalah (larikan diri) apabila telah dipaksa oleh keluarganya. Apabila saya melakukan solat dan saya memberitahu ibubapanya dia bukan wajah yang saya nampak. Dan mereka masih mahu perkahwinan itu diteruskan juga. Cuba beritahu apa yang patut dilakukan", tulisnya.

Oleh kerana kami sudah menyiarkan kisah di sebelah bekas isterinya, rasaya perlu bagi kami untuk memaparkan kisah di sebelah lelaki pula supaya adil dan sasama. Baca dan anda nilai sendiri ye.


0 Response to ""Puas Hati Awak Sekarang Viralkan Kisah Kita Bertiga???""

Post a Comment