NEELOFA RASA TERHINA & MARAH TUDUHAN NAELOFAR HIJAB DIJAHIT DI VIETNAM


Desas-desus bertiup kencang tentang dakwaan tudung jenama Naelofar Hijab milik Neelofa ini tidak dijahit di Malaysia tetapi pengeluarannya dilakukan di Vietnam bukannya di Malaysia seperti yang didakwa Neelofa sendiri. Neelofa dengan tegas dan pantas menjawab persoalan ini.

“Kebanyakkan produk tiruan Naelofar Hijab dibuat dari Vietnam manakala yang asli adalah sepenuhnya hasil kerja rakyat tempatan kita sendiri. Kadang-kadang pelanggan pun terkeliru dan tertipu kerana membeli secara online tetapi perbandingan kualiti dan jenis fabrik digunakan adalah sangat berbeza sekali”

Neelofa juga mengatakan yang dia mempunyai pasukan gerak khas untuk mengenal pasti pihak yang menjual produk "ciplak" dari Vietnam.


“Kami di Naelofar Hijab mempunyai pasukan gerak khas untuk mengenal pasti pihak-pihak yang menjual produk ‘ciplak’ selain menggunakan nama dan wajah saya bagi memperdaya orang ramai di media sosial. Setakat ini kami telah mengambil tindakan terhadap beberapa peniaga yang melakukan perbuatan tersebut,” katanya.

Memang sukar dipercayai kerana bila kami bertanya pada yang membeli tudung Neelofa ini di Vietnam, kata mereka kualitinya jika dibezakan dengan yang Neelofa kata original buatan di Malaysia, langsung tak ada beza pun. Malah sebelum ni ada juga kami dengar tuduhan yang kononnya orang nampak Neelofa sendiri pergi ke Vietnam, buat apa??. Entahlah, apa yang penting tudung Neelofa ni memang berlambak dekat Vietnam dan dijual macam goreng pisang panas kepada peniaga di Malaysia ini.

Psst: Nak marah orang yang jual tudung tu buat apa kan. Pergilah Vietnam tu marah orang yang awak katakan menciplak tudung awak tu. Hmmmmm!

0 Response to "NEELOFA RASA TERHINA & MARAH TUDUHAN NAELOFAR HIJAB DIJAHIT DI VIETNAM"

Post a Comment