Parah & Maut Disondol Babi Hutan Ketika Menoreh


Seekor babi hutan telah berjaya ditembak mati oleh pihak polis selepas haiwan liar itu dikatakan telah menyerang dengan pantas sepasang suami isteri hingga mati di sebuah kawasan kebun getah di Kampung Kuala Paya, Segamat, Johor.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari mengorbankan Loo See Siang, 66, dan isteri Liau Mei Lan, 65, yang sedang menoreh pada ketika itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihak polis yang menerima laporan terus bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kedua suami isteri sudah meninggal dunia.

Berdasarkan kesan kecederaan memang disahkan mangsa mati disebabkan serangan babi hutan liar berkenaan.

"Haiwan liar itu berjaya ditembak mati ketika cuba menyerang anggota polis yang tiba untuk melakukan siasatan di tempat kejadian tersebut.

"Berdasarkan kesan darah kering pada haiwan tersebut, kita yakin ia adalah milik kedua-dua mangsa," katanya kes disiasat sebagai mati mengejut.

0 Response to "Parah & Maut Disondol Babi Hutan Ketika Menoreh"

Post a Comment